Rabu, 22 Julai 2009

Mesyuarat Post Mortem Tingkatan 6 2009

Tempat : Hotel Federal, Kuala Lumpur
Tarikh : 21 - 23 Julai 2009
Anjuran : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.
Pengerusi : En Aidie Jantan
Ketua Penolong Pengarah Menengah
Dr Rose Amnah binti Abdul Rauf
Ketua Unit (Pengurusan Ting. 6)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kehadiran : Wakil daripada semua JPN
Wakil daripada BPTV, KPM.
Wakil daripada BPI, KPM.
Wakil BPM, KPM.

1. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk :
1.1 Menyerahkan data berkaitan urusan Tingkatan 6 : Data Permohonan Pertukaran Jurusan dan Sekolah Tingkatan 6 Bawah Tahun 2009 beserta alasan

1.2 Membincang isu Guru Pengurusan dan tawaran online kemasukan
ke Tingkatan 6 bawah Tahun 2009.

1.3 Berbengkel bagi menyediakan fail meja untuk Pegawai Meja
Tingkatan 6 di JPN.

2. Maklumbalas Mesyuarat Post Mortem Tingkatan 6 telah membincangkan
dan mengambil maklum akan perkara-perkara berikut:-

2.1 Kenaikan Gred di Tingkatan 6 merupakan perkara baru yang perlu
ditangani dengan cara rasional.

2.2 Guru Tingkatan 6 perlu bersedia dengan Perubahan sistem penggal
kepada sistem modular. Pengmbilan tahun 2010 merupakan kumpulan
terakhir mengambil STPM sistem lama kerana bermula 2011 sistem
modular akan dilaksanakan sepenuhnya.

2.3 Pertukaran jurusan perlu dinilai mengikut minat murid. Walau
bagaimanapun penetapan dasar perlu ada untuk meluluskan
permohonan murid.

2.4 Semua sekolah yang telah beroperasi dan menghadapi masalah
tiada enrolmen selepas beberapa ketika maka sekolah tidak akan
disurcaj kerana perjawatan lebih yang digunakan. Sekolah melalui
JPN maklumkan kepada KPM sekiranya Pihak Nazir tidak menerima
penjelasan tersebut. Guru Tingkatan 6 yang telah menerima lantikan
hanya perlu digerakkan sekiranya kelas tersebut tidak akan ditutup
terus.

2.5 Maklumat Pakej Matapelajaran perlu dimajukan semula kepada
BPSH sekiranya ada perubahan. Ketepatan maklumat mata pelajaran
adalah diperlukan untuk urusan perjawatan guru tingkatan 6 Fasa 2.
Maklumat yang telah disemak perlu dimajukan ke BPSH pada atau
sebelum 29 Julai 2009. Penawaran pakej mata pelajaran masih
tertakluk kepada minimum 15 orang murid bagi setiap kelas.
(sila email kepada shimah2107@yahoo.com).

2.6 Urusan Tawaran ke Tingkatan 6 bawah bagi sesi 2010 dicadang
akan diawalkan. Tarikh cadangan awal bagi menyemak senarai calon
layak ke Tingkatan 6 bawah secara online sesi 2010 ialah pada
pertengahan bulan April 2010. Tarikh Pendaftar dijangka pada awal
Mei 2010. Semua JPN diminta bersedia dengan data terutamanya
perubahan sekolah feeder dan sekolah pusat.

2.7 Isu tawaran melebihi kapasiti kepada sekolah-sekolah pusat akan
diatasi. Sebelum tawaran dikeluarkan satu Mesyuarat Penyelarasan
bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bagi menetapkan
‘cut off point’ agar tidak berlaku kepadatan di sesebuah sekolah pusat
Tingkatan 6.

2.8 Penempatan Murid dari SMT akan diselaras oleh BPTV bersama
dengan Pegawai BPTV di JPN. Urusan melibatkan penempatan murid
dari SMT ke sekolah Pusat Tingkatan 6 tahun 2010 akan diurus bermula
pada bulan ogos 2009. Mekanisme / kaedah penempatan akan diurus
sepenuhnya olah pihak BPTV.

2.9 Cadangan Pelantikan bagi urusan perjawatan Guru Tingkatan 6
di SMT telah diurus untuk diperakukan secara terus daripada sekolah
ke BPTV . Perakuan hanya akan dikeluarkan bersama dalam urusan
Fasa 2. BPTV diminta memaklumkan JPN berkenaan senarai guru yang
diperakukan oleh sekolah.

2.10 Semua murid bukan warganegara perlu memohon semula untuk
masuk ke Tingkatan 6 walaupun kekal di Sekolah yang sama.

2.11 Senarai semak perlu ada bagi memudahkan urusan penempatan
dan pertukaran murid Tingkatan 6. Pengwujudan FAQ Tingkatan 6
akan disediakan dan akan diedarkan ke semua JPN bagi memudahkan
penyampaian maklumat kepada pelanggan. Senarai semak yang telah
dibentang oleh JPN Sarawak akan digunapakai dan dimurnikan bagi
memastikan pengurusan Tingkatan 6 selaras dan teratur.

2.12 Aplikasi data dan perjawatan Tingkatan 6 perlu diwujudkan.
Satu Jawatankuasa Teknikal Data Tingkatan 6 akan dibentuk bagi
menyelaras urusan data Tingkatan 6. Pegawai Tingkatan 6 JPN Sabah,
Pahang, Johor dan Perak telah dilantik untuk urusan tersebut.

2.13 Cadangan Penempatan bagi senarai Pemangkuan yang belum ada
penempatan perlu dihantar ke BPSM dengan kadar segera. JPN Negeri
Selangor, Johor, Sabah dan Perak perlu menghantar cadangan penempatan
kepada BPSM dengan segera. Sila semak bersama Unit Naik Pangkat
di JPN masing-masing.

2.14 Fail meja Pegawai Tingkatan 6 JPN yang dibentang oleh JPN Johor
akan dimurnikan untuk dijadikan fail meja diperingkat JPN.

2.15 Sekolah Pusat Tingkatan 6 yang memohon pertambahan kelas
boleh dipertimbangkan , JPN perlu mengkaji mana-mana kelas yang
tidak beroperasi dalam negeri masing-masing kerana tiada enrolmen.
Maklumat dan butiran pindaan kelas di sekolah yang berkenaan tersebut
ke sekolah perlu dimajukan kepada BPSH pada atau sebelum 7 Ogos 2009.
Pindaan yang dibuat perlu mengambilkira juga permohonan ABM 2010.

2.16 Maklumat senarai Guru yang telah diperakukan dan dilantik ke
Jawatan Guru Tingkatan 6 dan telah menerima jawatan tersebut perlu
majukan ke BPSH pada atau sebelum 31 Julai 2009.
(email kepada
supian_jpnp@yahoo.com / supian.abdulkadir@moe.gov.my)

2.17 Data KPT6 seperti pada 30 Jun 2009 perlu dihantar kepada BPSH
dengan kadar segera. Sila email maklumat tersebut ke alamat berikut
pemantauanjpnperak@gmail.com

2.18 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tabdbir Urus KPM pada
10 April 2009: Integriti dalam perakuan kenaikan pangkat.
Semua ketua Jabatan mesti memperingat semua Pengetua bahawa
prosiding tatatertib akan dikenakan. Tindakan Unit Menengah.
(sila semak sama ada telah dikeluarkan (para 1.2)


Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan 6
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.


Tarikh : 23 Julai 2009

Isnin, 13 Julai 2009

MACAM-MACAM TINGKATAN 6

Kepada Semua Pengetua
Sekolah Pusat Tingkatan 6

Maklumbalas Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus
Kementerian Pelajaran Malaysia Pada 10 April 2009

1. Intergriti Dalam Perakuan Kenaikan Pangkat Tingkatan 6

1.1 Y. Bhg. Datuk Pengerusi memaklumkan terdapat kes perakuan
kenaikan pangkat atau pemangkuan guru-guru Tingkatan 6
walaupun guru-guru tersebut tidak mengajar tingkatan 6
sekurang-kurangnya bagi sesi tahun 2007 dan 2008.

1.2 Keputusannya: Mesyuarat seterusnya memutuskan supaya
semua Ketua Jabatan di peringkat negeri memberi peringatan
kepada pengetua-pengetua di bawah seliaan masing-masing
bahawa prosiding tatatertib akan dikenakan ke atas pengetua
yang memberi perakuan palsu untuk kenaikan pangkat dan
pemangkuan guru-guru tingkatan 6.