Isnin, 13 Julai 2009

MACAM-MACAM TINGKATAN 6

Kepada Semua Pengetua
Sekolah Pusat Tingkatan 6

Maklumbalas Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus
Kementerian Pelajaran Malaysia Pada 10 April 2009

1. Intergriti Dalam Perakuan Kenaikan Pangkat Tingkatan 6

1.1 Y. Bhg. Datuk Pengerusi memaklumkan terdapat kes perakuan
kenaikan pangkat atau pemangkuan guru-guru Tingkatan 6
walaupun guru-guru tersebut tidak mengajar tingkatan 6
sekurang-kurangnya bagi sesi tahun 2007 dan 2008.

1.2 Keputusannya: Mesyuarat seterusnya memutuskan supaya
semua Ketua Jabatan di peringkat negeri memberi peringatan
kepada pengetua-pengetua di bawah seliaan masing-masing
bahawa prosiding tatatertib akan dikenakan ke atas pengetua
yang memberi perakuan palsu untuk kenaikan pangkat dan
pemangkuan guru-guru tingkatan 6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan